Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan memproses arak tiruan dengan nilai rampasan RM1 juta melalui serbuan di sebuah kilang di Taman Wawasan Kluang di sini pada Sabtu.
Pegawai Pemerintahnya, Superintenden Dimin Awang berkata dalam serbuan pada 1.50 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai pekerja di premis tersebut turut ditahan.
Beliau berkata sejumlah 321 kotak mengandungi arak yang telah siap dibungkus untuk edaran ditemui di kilang itu.
"Siasatan awal mendapati kilang memproses arak tiruan ini telah beroperasi sejak lebih empat bulan lalu sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
"Kami percaya yang arak tiruan ini diedarkan di sekitar kawasan Johor dan juga Melaka dengan menyasarkan jualan khusus kepada warga asing," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Akta Kastam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 05 2020
Sejumlah 321 kotak mengandungi arak yang telah siap dibungkus untuk edaran ditemui di kilang itu. -Gambar hiasan
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
PM sifatkan Isreal sebagai kolonial apartheid
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan Israel sebagai sebuah kolonial apartheid kerana melakukan jenayah kemanusian ke atas rakyat Palestin.
Starlink sudah tiba di Indonesia
Bilionair yang juga pemilik SpaceX optimis dengan inovasi perkhidmatan jalur lebar dengan teknologi satelit Starlink yang dicipta syarikatnya mampu memberi capaian internet yang meluas khusus sekali di kawasan-kawasan pedalaman Indonesia. Beliau yang juga merupakan pemilik jenama kenderaan elektrik terkemuka, Tesla dan laman sensasi 'X' kini berada di pulau pelancongan, Bali untuk melancarkan sistem khidmat itu yang turut memberi impak besar kepada sektor kesihatan negara berkepulauan terbesar di dunia itu.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
PPM tahan lelaki, rampas arak tiruan
Beliau berkata lelaki itu direman hingga 24 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
28 maut terminum arak tiruan
Sekurang-kurangnya 28 orang maut di negeri Gujarat di barat India selepas terminum arak tiruan, kata polis pada Selasa.
Sindiket proses arak tiruan bernilai RM5.3 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am Batalion 5 tumpaskan sindiket proses dan menyimpan arak tiruan bernilai RM5.3 juta di Taman Perindustrian Desa Plentong.
Pemilik kedai runcit dikompaun RM6,000 jual, proses arak tiruan
Pemeriksaan lanjut menemui tempat memproses bahan tersebut di bilik stor di rumah berdekatan dengan kedai runcit tersebut.
Proses arak tiruan bawah tanah, empat warga asing dicekup
Dipercayai sindiket ini telah beroperasi setahun dan rampasan dianggarkan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM15,992.
Batalion 5 PGA rampas arak tiruan bernilai RM1 juta
Dalam serbuan pada 1.50 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai pekerja di premis tersebut turut ditahan.
Bahana arak tiruan, 41 maut
Sekurang-kurangnya, 41 orang mati selepas minum arak tiruan di negeri Assam, India.
Lebih 100 maut di India akibat minum arak tiruan
Lebih 100 orang maut akibat minum arak tiruan dalam kejadian di Uttar Pradesh dan Uttarakhand, di India pada Isnin.
Arak tiruan meragut satu lagi nyawa di Perak
Seorang lagi mangsa yang kritikal masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun.